Monday 25 September 2017

AHLI SISTEM SURIA

BACKGROUND


1. MATAHARI


FAKTA MATAHARI

Matahari merupakan pusat Sistem Suria
Matahari juga merupakan objek terbesar dalam Sistem Suria
Matahari adalah sebiji bintang yang terletak paling hampir dengan Bumi.
Matahari mengeluarkan haba, cahaya dan tenaga.
Jika tiada Matahari, hidupan di Bumi tidak akan wujud.
Tanpa cahaya Matahari, tiada hidupan yang boleh hidup kerana suhu terlalu sejuk dan Bumi akan beku.
Semua ahli Sistem Suria beredar mengelilingi Matahari dalam arah yang sama namun pada kelajuan yang berbeza.

Tahukah kamu? Matahari juga menghasilkan tarikan graviti yang mengekalkan Bumi, tujuh planet yang lain, komet dan asteroid dalam orbit masing-masing

2. BUMI






FAKTA BUMI

Satu-satunya planet yang mempunyai hidupan.
Terdapat udara, air serta atmosfera.
Masa untuk satu peredaran lengkap : 365 hari
Bilangan satelit semulajadi / bulan : 1 

Tahukah kamu? Jarak dari Matahari : 149.6 juta km

3. UTARID



FAKTA UTARID

Planet yang paling hampir dengan Matahari.
Mempunyai orbit yang paling kecil
Jarak dari matahari : 57.9 juta km
Masa untuk satu peredaran lengkap : 88 hari
Bilangan satelit semulajadi / bulan : 0

Tahukah kamu? Jarak dari Matahari : 108.2 juta km

4. ZUHRAH

FAKTA ZUHRAH

Planet kedua dari Matahari

Planet paling hampir dengan Bumi
Terdapat satu lapisan tebal karbon dioksida serta asid sulfurik yang membentuk atmosfera.
Karbon dioksida menyerap dan memerangkap haba, menghalang haba terlepas keluar. Ini menyebabkan suhu Zuhrah sangat panas.
Masa untuk satu peredaran lengkap : 225 hari
Bilangan satelit semula jadi / bulan : 0

Tahukah kamu ? Jarak dari Matahari : 108.2 juta km

5. MARIKH




FAKTA MARIKH

Sejuk dan tiada hidupan.
Air yang terdapat di planet ini menjadi beku.
Jarak dari Matahari : 227.9 juta km
Masa untuk satu peredaran lengkap : 687 hari
Bilangan satelit semulajadi : 2

Tahukah kamu?  Planet Marikh  dikenali sebagai planet merah kerana permukaannya diliputi dengan debu merah.

6. BULAN


FAKTA BULAN

Satelit Semula Jadi atau dipanggil Bulan merupakan objek kecil yang beredar mengelilingi kebanyakan planet.
Bulan adalah satelit semula jadi bagi Bumi.
Bulan mengambil masa selama 27.3 hari untuk beredar mengelilingi Bumi

Tahukah kamu? Bulan beredar mengelilingi Bumi mengikut arah lawan jam.


7. METEOROID DAN ASTEROID

FAKTA METEOROID DAN ASTEROID

Asteroid merupakan objek batuan dan logam yang beredar mengelilingi Matahari.
Kebanyakan asteroid yang dikenali berada dalam Jalur Asteroid yang terletak di antara planet Marikh dan Musytari

Meteoroid merupakan batuan kecil atau logam yang terapung-apung di angkasa lepas.

Terdapat berjuta-juta meteoroid di angkasa dan kebanyakannya bersaiz kecil.

Tahukah kamu ? Apabila meteor yang besar jatuh menghempas ke Bumi, satu kawah besar akan terbentuk

8. KOMET


FAKTA KOMET

Komet merupakan ketulan ais yang terbentuk daripada gas dan debu yang beku.
Komet mempunyai ekor bernyala yang panjang dan beredar mengelilingi Matahari.

Tahukah kamu ? Komet Helley merupakan komet yang paling popular di kalangan ahli astrologi. Komet Helly muncul setiap 76 tahun. Kali terakhir Komet Halley muncul adalah pada tahun 1986.

9. LAMAN SESAWANG

a. NASA : 

https://www.nasa.gov/




b. AGENSI ANGKASA MALAYSIA

http://www.angkasa.gov.my/



10. PAUTAN VIDEO




Video 1 : https://www.youtube.com/watch?v=u3Ulpj7pWhg

Video 2 : https://www.youtube.com/watch?v=Yii2Vq_IhAY

11. FAIL GIF 













AHLI SISTEM SURIA

BACKGROUND 1. MATAHARI FAKTA MATAHARI Matahari merupakan pusat Sistem Suria Matahari juga merupakan objek terb...